Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, March 16, 2009

baca je la..


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

Wednesday, November 19, 2008

keja update tarikh kawen...

ha... assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

boringnya malam tok..

aoklah.. petang tadik aku dapat msg dari kwan aku merangkap bakal cousin aku.. nya berik msg jemputan kawen one of schoolmate aku dolok.. kawan satu sekolah satu batch aku..
dah dikumpul2 banyak nembiak sekolah aku yang kawen tahun tok.. tarikh pun sama jak... ada gik yang latest update tentang wedding kawan aku yang belum aku tauk tok.. keja aku update wedding and engagement date kawan2 aku kat peristiwa menarik tahun tok...
wah wah... rami dah rupanya kawan2 aku membuka cita baru dalam hidup sidak..
aku.. bila ooo.. akan datang...

kepada kawan2 aku yang akan kawen.. terutamanya dalam masa terdekat tok.. aku ucapkan tahniah.. semoga berbahagia dunia dan akhirat... amin..