Thursday, November 27, 2008

minggu terakhir november...

huahahaaha..
aku pas ngaco kawan aku.. nya tension gilak.. dah la serius gilak molah keja.. aku kat sebelah pun merasa ketensionannya.. aku cam besa jak... malas nak tension gilak.. hahahha.. bajet pande handle masalah la.. padahal banyak keja nak dipolah.. tapi ilek2 jak la.. malas nak memberatkan kepala otak dik pun...
today punya cita adalah pasal minggu2 terakhir november la..
sedar sik sedar, dah nak sampe hujung tahun dah.. rasa sekejap jak masa berlalu.. aku rasa cam baruk jak aku masuk keja kat telekom tok..
bila hujung tahun, macam2 benda la orang nak achieve.. masuk bab opis, ujung tahun tok macam2 meeting di polah utk achieve kpi.. semua orang sekda kat tempat duduk masing2.. masing2 masuk meeting tok la . .. meeting ya la.. sik kurang juak ngan orang cuti.. ofis cam sik berorang jak.. heheheh.. bagi kamek orang yang jarang bercuti tok.. tok la waktu kegembiraan.. sebab sekda orang gilak kat ofis..


hehee.. ilek2 jak la.. tapi dalam ilek2 keja tetap jalan.. meeting tetap masuk ... due date tetap dalam palak... mun sik kamek orang sik blh nak bercuti dengan hati tenang.. hahahah... bos aku waktu update aktiviti mk orang .. awal2 gik nya dah tanyak kamek orang... u all tak cuti kan... hahhaha.. awal2 aku madah saya nak cuti puan.. tapi yang penting keja kenak siap belum cuti .. mun sik siap pun mesti dah ada progress 90% so that my backup blh handle nya pun.. sik payah la aku nak masuk campur.. nak explain ngannya dari a to z.. aku pun blh la cuti dengan tenang..

ingatkan hujung tahun .. nak ilek.. mengosongkan board.. menyetelkan outstanding keja2 yang sepatutnya.. tapi angan2 ku tinggal impian.. makin memenuhkan board aku lagi la ada.. dari awal tahun sampe bulan 10 ya tek.. board aku kosong jak.. sampe aku pun bingung nangga nya putih jak.. sekali nangga hujung tahun tok la nya penuh ngan timeline n activity utk tahun depan..



current board

ya baruk cita pasal keja.. blum gik cita pasal nak isik performance online.. jenuh nak klik2 rating banyak2.. jenuh nak evaluate team sekeja.. leka mike ayat gik.. dah due date nak isinya nak abis 30 hb tok.. mun sik isik sik dapat bonus.. rugi2... bagus buang masa isik benda ya.. ada hasil.. :)
so yalah cita dah nak hujung2 tahun tok..

november madness part 2 ...





kertas conteng time meeting.... kononnya busy la tek.. banyak gilak aktiviti.. sampe kertas renyuk merenyuk jak..

Monday, November 24, 2008

november madness ..

to be continued... unfinished business...

sambung balit cita yang sik abis tok.. baruk ada peluang utk aku update blog aku..

minggu tok kira minggu terakhir bulan oktober..
so pagi morning aku ingat blh la rilek.. sebab cam sekda ja layak bos aku nak masok ofis.. hehe.. ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan renyai2 di tengahari... dalam kul 11 camya ada bos aku muncul... nya sebenarnya cuti... tapi bos aku tok nang kira workaholic juak la .. datang la juak nya ke ofis kejap.. ada la urusan nya kali..
so.. sebenarnya banyak juak benda yang aku nak bincang ngannya tentang isu2 application mk orang.. besalah tengah bulan.. minggu masalah.. jadi slow2 aku agak meja nya update pasal2 isu2 yang memenuhkan inbox aku... nak mintak feedback so blh la aku ambik action yang sepatutnya.. tap tup tap tup.. nya madah aku.. i nak jumpa korang bertiga la.. i nak discuss sikit pasal upcoming activity n ehancement yang perlu kita buat.. ya ayat bos aku la ya..

so aku n colleagues aku duak orang gik.. masuk la bilit meeting...
diskus punya diskuss.. dah habis penuh glassboard di contengnya.. termasuk la memenuhkan isi notebook kamek orang.. ingatkan nak berenti.. rupa2nya cerita tek belum habis sampe sia ajak.. banyak gik sambungan nya.. kawan aku dah nulis atas kertas dah madah lapar.. ne ndak la.. jam dah kul 1.30 .. nya cam sekda rupa nak berenti jak... makin panjang loyar gik ada.. nasibla aku posa hari ya... sikdalh tension gilak nunggu nya habis kelaka nak makan... bayangkan dari kul 1130 nya bincang ngan mk 3 jak .. kul 2 baruk nya pande berenti .. ya pun nya nangga muka mk orang dah lemah kali.. heheh.. ya pun sebab nya nak balit juak... jadi 2 orang kawan ku tok pun berebut2 turun cafe beli lunch... mun sik berebut2 kelak kenak tunggah gik.. yalah nya duak berjalan kedak belangkas jak...

so .. di antara isi2 diskusi kamek orang adalah mengupdate tugas setiap orang.. sapa yang handle activity ne.. sapa yang jadi backup member2.. semua orang nang sik pat relax.. dah la kamek 3 jak yang kenak polah semua aktiviti.. kamek 3 juak la back up.. penuh la buku aktiviti kamek 3.. sepanjang bulan november nang banyak aktiviti concurrent.. sampe sik tauk dah nok ne yang priority.. due date bertimpa2 jak.. timeline nang iboh padah gik la... nang sekda gap lansung.. aku rasa la unit mk orang la unit yang sebusy2 unit... arumbulak nang sik dapat bernafas.. tapi at the same time kamek orang pun banyak belaja macam2.. yalah hidup di dunia projek...
aok la.. cita balit pasal hari isnin ya tek.. actually petang isnin ya ada request training dari user mk orang.. salunya bos aku yang berik training especially on the manager level.. actually user yang request tok pun dah penah g training n daknya nang quite familiar juak ngan appllication yang daknya pake ya.. tapi user mk orang tok nang suka nak bermanjak2 ngan kamek orang.. maok kamek orang juak pegi... bos aku terpaksa balit sebab nang nya cuti pun .. n nya nak ambik anak nya habis exam spm.. jadi.. heheh... aku tauk .. aku la yang jadi mangsa utk train user ya.. dahla aku posa.. kenak kelaka banyak2 gik ya.. kenak berjalan gik pegi menara sebelah ya.. makin la haus tekak aku tok.. leka melayan kerenah user yang manja2 tok pun sekian juak.. hai hai... what ever la..

yalah cita november madness tek..

Wednesday, November 19, 2008

malam khamis yang bosan ....

hmm..

aok lah.. last nite aku baruk habis baca novel yang baruk aku beli last week.. novel TERNYATA CINTA by DAMYA HANNA..
daripada pembacaan aku.. cita tok compare dengan cita SELAGI ADA DIA.. jalan cita nya cam lebih kurang jak.. maklumlah novel.. mesti ada tempias sikit.. daripada duak-duak cita tok... kedua2nya berkisah tentang seorang perempuan dengan dua lelaki.. kakya duak2 perempuan dalam duak2 buku cita tok suka berangan.. kadang2 aku rsa cam baca buku yang sama jak.. kakya dalam both buku cita tok ada cita pasal kenak buang keluarga...
molah summary la pulak aku tok.. teringat indah ngan cikgu hajar ngajar aku bm lok.. molah ringkasan karangan...
sambung balit.. kira mun compare duak2 buku cita tok.. aku prefer buku SELAGI ADA DIA la.. jalan cita nya best sikit la compare to TERNYATA CINTA..
anyway kitak orang baca la sendirik..

********************************************


PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

keja update tarikh kawen...

ha... assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

boringnya malam tok..

aoklah.. petang tadik aku dapat msg dari kwan aku merangkap bakal cousin aku.. nya berik msg jemputan kawen one of schoolmate aku dolok.. kawan satu sekolah satu batch aku..
dah dikumpul2 banyak nembiak sekolah aku yang kawen tahun tok.. tarikh pun sama jak... ada gik yang latest update tentang wedding kawan aku yang belum aku tauk tok.. keja aku update wedding and engagement date kawan2 aku kat peristiwa menarik tahun tok...
wah wah... rami dah rupanya kawan2 aku membuka cita baru dalam hidup sidak..
aku.. bila ooo.. akan datang...

kepada kawan2 aku yang akan kawen.. terutamanya dalam masa terdekat tok.. aku ucapkan tahniah.. semoga berbahagia dunia dan akhirat... amin..

Thursday, November 13, 2008

bila lanGit mEndung ...

benda baik untuk di kongsi bersama ...

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu RAHMAT.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Wednesday, November 12, 2008

aktibiti di opis

rupa opis bila ada makan free... sunyi sepi...








aktiviti kegemaran ramai ... makan2 free di opis...